Thursday, November 6, 2008

Bila bicara tentang hati


Salam sejahtera ke atas kalian,,

Bila bicara tentang hati, mungkin ada di antara kalian yang sungguh waspada dalam menjaga hati orang lain. Terima kasih saya ucapkan. Kerana kalian sungguh prihatin akan hati itu. Dan, mungkin ada di antara kalian yang memikirkan hati itu adalah satu benda yang remeh. Tidak kisah sama sekali akan hati itu asalkan hasrat di fikiran dipenuhi. Terima kasih saya ucapkan juga. Kerana kalian menjayakan hasrat di fikiran walaupun mungkin ada hati lain yang terluka.

Bila bicara tentang hati, ada orang ambil kisah tentang hati mereka sendiri. Dan ada orang tidak peduli hati mereka sendiri. Memang pelik. Hati itu ibarat ibu segala jasad. Tempat tinggal si perasaan yang tidak mungkin akan terpisah antara satu sama lain kecuali ajal. Bak kata orang, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Bila bicara tentang hati, memang menjadi lumrah kehidupan, bahawa hati itu amatlah sukar untuk dijaga. Terutama kepada mereka yang amat sensitf hatinya. Seperti saya. Mungkin. Tapi, sudah ramai orang berkata, "ko nie sensitif sgt la." Aku menerima kata itu dengan redha. Ye lah. Apa boleh saya buat? Itu sudah hati saya berkelakuan demikian. Saya tak boleh buat apa-apa. Apa pun, saya suka hati saya. Biarlah orang berkata apa, saya tidak kisah. Saya tak kacau hati mereka.

Bila bicara tentang hati, dialah alat kawalan jasad manusia. "Ikut kata hati." Itulah ayat yang selalu di guna bila berdepan dengan masalah dunia. Kadang-kadang hati itu menghasut ke arah kejahatan. Tapi, hati itulah juga yang mengelakkan jasad berbuat demikian. Ibarat hati itu satu tetapi ada dua karakter.

Bila bicara tentang hati, harap kalian dapat memahami hati ini. Cukuplah sekadar tahu apa hati ini mahukan, tak perlu dipenuhi hasrat hati itu. Kerana, biasalah, hati ini kadagkala sensitif. Entahlah. Memang sukar diungkapkan dengan tulisan atau perkataan. Mungkin sebab hati sahaja yang mengetahui segala-gala.

Sekian.
Wassalam.

p/s: maaf kalau 'post' ini membosankan hati anda. Hati ini amat memohon maaf jika hati ini tidak memenuhi hasrat hati anda

10 comments:

Afnan (^_^) said...

1)x bosan pun baca post nie! seriously,post ni sgt bermakna!!!

2)i totally agree with every point that u made in this post!!!

3)gd luck in ur finals!!!

IZWAN said...

habis! dah finals.
haaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

salam...
bgos...
mantap2...
keep it up....

shah.rizal said...

To Afnan: Apa yang bermakna sgt tu afnan,,LOL,,btw,,good luck in your finals too dude,,aku ade satu je final,,yeah2

To iwan: aku ade satu je finals,,eh,,cite sket pasal mbah jatuh bilik air,,korg nie,,jhaat btol x update aku kat sini

To anonymous: Terima kasih tulus ikhlas dari hati,,semoga panjang umur murah rezeki,,

bri_boomer said...

HATI YANG SUDAH JATUH CINTA ... ahaha terasa cam imba jiwang lol -.-"

shah.rizal said...

Nie xde kaitan dangan HATI YANG SUDAH JATUH CINTA,,,ko buat la post baru pasal tu,,i'm willing to read it dude,,,LOL,,,

Anonymous said...

but2. .orang tua2 ckp..ikut hati mati..ikut rasa binasa..jadi,mcm mane tu shah??haha

shah.rizal said...

Kamal,,no comment!!,,(btw kalau due2 x blh ikut, nak ikut ape plak??,,any good suggestion from you??)

IZWAN said...

huh??
embah jatuh blik air aku belum citer ker??
hahaha.
tu la ko.
org nk ym dgn ko.
xnak webcam la.
pastu jawab pun.
ok jer.
ape2 la.
malas la aku.
hahaha
nti la aku post psal embah.
baca erk.
weeee

IZWAN said...

yg psal embah tuh.
paan eyh gtau??
IT jugak sedara kita kan??
hahaha