Thursday, October 9, 2008

~habis sudah duka dijaja, tinggal lara menanggung hiba~

Salam semua(ade ke org nak bace nih??,,ape2 je lah),,

Tetibe plak rase nak emo. X taw la plak nape nak emo. Bak kate ikut kate hati, buat je kalau nak buat. So, aku tulis je lah ape yang nak tulis. Lagipon, kalau aku tulis bende merepek pon, ape aku kesah. I just wanna do something to disteress myself instead of listening to music or sleeping. Aku rase nak buat ayat best sket, blh x?

Tika aku melihat luar jendela, ku buka tirai agar mata perangku jelas akan suasana malam, malam yang penuh syahdu, malam yang penuh angin deru, malam yan penuh dengan maksud tersirat yang masih terungkai satu persatu. Jauh dari sudut hati meronta, adakah aku diketahuan orang? adakah aku masih mampu berdiri keseorangan? adakah aku masih ketinggalan? adakah aku sudah sempurnakan niat hatiku?

Mungkin jawapan di mulut berkata benar, namun jawapan di hati bermadah tidak. Dalam kegelapan malam, tiada bulan untuk menerangi, hanya tinggal sinar neon dari sudut bangunan perang memancarkan cahaya. Aku terfikir, dimanakah aku di dalam kegelapan malam itu? batu? pohon? angin? Bolehkan aku menjawab, tidak? Tidak semua dari itu, bukan batu, bukan pohon, mahupun bukan angin. Aku bukan mereka. Aku tiada antara mereka. Aku bukan sebahagian dari mereka. Adakah ini dikatakan aku tiada siapa??

Bak kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ya, aku tahu, aku ingat, dan aku faham. Sesungguhnya kehidupan itu satu cabaran bagi manusia yang lemah lagi hina. Namun persoalannya, adakah hati ini masih mampu bertahan? Bertahan berdiri keseorangan? Bertahan menerima beban mendatang? Hanya kata kata ini yang keluar dari sudut hatiku, cukuplah, sudahlah, berhentilah. Namun, ia tetap tidak berhenti. hati semakin terasa berat,berat yang teramat amat berat, hingga aku merasa hendak jatuh tika berjalan di jalanan lurus.

Aku tidak mengerti. Adakah ada orang lain sepertiku? atau aku yang paling malang antara yang malang? Bukan. Bukan itu soalan ku. Adakah aku masih waras? Bukan. adekah aku masih mampu? Itu pon bukan. Ape yang aku pinta? Ye, ape yang aku pinta mungkin persoalan yang patut ditanye. Namun aku tidak mahu, kerana permintaan aku itu tidak masuk akal. Amat tidak masuk akal. Aku diam, mata ditutup, jauh lagi di sudut hati berkata, inilah hakikat hidup aku. Inilah takdir hidup aku. Inilah realiti hidup aku.

Aku lepaskan pandangan mataku dari malam. Kalau diteruskan renungan fantasi itu, mungkin aku akan berkhayal entah kemana. Aku berkemas untuk pulang ke kamar. Setiap kali kakiku melangkah, aku terfikir soalan tadi. Ape yang aku pinta? Sebenar-benarnya??

2 comments:

Anonymous said...

这 个 blog post 没有意思! :p

shah.rizal said...

x paham la bari